nilai wang hantaran bagi pempuan

Macam menarik post ne.ako dpt dari other blog.meh kita baca sama2 noo..=D



Tahu musim kahwin dah lepas. Malah sesi persekolahan dah nak bermula. Kawan-kawan ramai yang dah kawin and bertunang. Dah beranak tiga pun dah ada!. Ramadhan pun dah nak dekat. Seriusly, tak sabar nak tunggu Ramadhan!. Tak sabar nak Tarawikh dekat masjid. Been years tak dapat masuk masjid. Tak semua masjid di England membenarkan wanita solat didalamnnya. Ok...off topic!.

Umur dah almost 26 years this year. As been said by Kak Nita dulu, umur 26 dah ada anak. Hihihi. Fazira? Aik...mulalah sesi berangan-berangan kejab nie.

Two weeks ago:. (Merujuk perbualan majlis pertunangan kawan kami)
Adik: Along banyak giler pihak perempuan minta. Sampai RM10 ribu.
Along: Dia belajar tinggi kot.
Adik: Buat master. Itu baru buat Master..kalau adik yang dapat Dr. nie nanti?.
Adik: Adik paling koman (bahasa kedah merujuk kepada: sedikit) pun 5 ribu.

1 and half years ago:
Zam: Nanti kawin awak nak berapa wang hantaran.
Sejak bila kita janji nak kawin ngan dia nie. Hahahha. (Dalam hati jalah nie)
Fazira: Saya nak 3 hari 3 malam. Wang hantaran at least 100k.
Zam: Ha? (Muka dia time nie dah pelik lain macam).
Fazira: Atas dulang tu kena ada kunci kereta Beatles warna kuning.
Zam: Bolehhhhhhhh Faziraaaaaaa

Amboi, janji manis seorang lelaki. Sanggup bagi apa saja yer. Time belum kawin semua janji manis lah. Dekat-dekat kawin nanti. Hampeh....bukan kunci kereta beattles yang dibagi tapi cupcakes warna kuning with gambar kereta Beattles made from fondant or gumpaste ja dapat nanti. .

1 year ago:
Zam: Yeh...betul ker ada orang cerita, kalau nak kawin dengan orang Kedah. Hantaran bagi kampit beras saja?. (Ofcouselah dalamnya ada beras).
Fazira: Yelah..naper?.
Zam: Saya bagi hantaran tu as kampit beras sajalah.
Fazira: Amboiiiiiiiii...dulu semua boleh. Kereta beatles lah.
Zam: Alah..murah apa bagi kampit beras.
Fazira: Boleh...nak dalam dia tu Brasmati!. Bukan beras biasa.
(Ceh...kononnya nanti orang2 yang datang kenduri Fazira boleh lah makan Brasmati!).

One month ago:
Berita: Hartih Iskandar memberi wang hantaran sebanyak RM50,000 kepada isterinya yang bekerja sebagai seorang doctor dan juga model.

Last week:
Friend: Ada ker dia nak bagi wang hantaran RM1000 saja, paling kurang pun 20 ribu.

Sudut agama: Dalam Islam tidak ada wujudnya wang hantaran ni. Ia hanya wujud dalam adat kita sahaja. WAJIB bagi seorang lelaki menyediakan Mahar @ Mas Kahwin sebagai pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Dalil kewajipannya: وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib".

Fazira's said: Tapi sejak berkurun lama lagi kita lihat, ramai yang mula memberi wang hantaran yang melambung-lambung tingginya. Yang menjadi perhatian selalunya mestilah dikalangan artis atau hartawan. Mesti kita nak tahu berapa nilai wang hantarannya. Lalu mulalah menjadi ikutan sesama kita. Ada orang cakap kalau ada pangkat such as 'Megat' 'Tun' or 'Syarifah' lagi tinggi nilainya. Ada orang cakap, kalau seseorang itu dari keturuan Bugis, wang hantaran akan tinggi. Tidak dapat kaitkan wang hantaran yang tinggi dengan orang Bugis. Ada orang cakap, lagi tinggi pelajaran seseorang itu, tinggi juga nilai wang hantaran. Yer ker? Sekarang, Fazira dengar baru ada degree dah minta 30k and nak buat kat Hotel 5 bintang. Amboi cik adik oiiii. Macam-macamlah Fazira dengar. Dapat dengar sajala kan bagi orang yang tak kawin-kawin macam Fazira nie. Dan bagi pihak keluarga pula if rendah ada pulak nanti rasa malu dalam perdebatan nilai hantarannya.

Bagi pihak lelaki pula, bila pihak perempuan minta sikit ..rasa macam tak adil lalu ditambahnya 1-2 ribu. Kalau 5 ribu dijadilah 7 ribu. Kalau ada duit lebih sikit...genaplah 10 ribu. Bila si future-wife-to-be belajar tinggi-tinggi, mulalah garu kepala. Bagi sikit, nanti takut kawan-kawan kata apa pulak tak pun nanti diejek saudara-mara belah perempuan. Tak kan nak cari perempuan lain kot?.

Well...apa2 pun, dalam memberi wang hantaran nie haruslah sederhana. Tak bagi pun tak per. Bukan wajib pun. Mas kawin pun boleh dibayar secara tunai atau hutang, apatah lagi wang hantaran yang tak wajib langsung pun. Kan? As long as ia tidak menyusahkan pihak lelaki untuk melangsungkan perkahwinan!. (Masam ustazah pulak hari nie).

=)

p/s:apa pulak kata hampa?

0 comments: