Adakah syaitan benar-benar dirantai di bulan Ramadhan sehingga
tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa?
tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa?
Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut
bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk
menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan
tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun
berpuasa.Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan
menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan
berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana
itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini
menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'.Dalam erti kata lain, puasalah
yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang
yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas
dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.Apabila puasa tidak
dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap berkekalan
sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai.
bagi ako: Mungkin syaitan mmg betul2 dirantai time bulan Ramadhan..
Tapi makhluk2 cam JIN tidak..Jin2 ni la yg selalunya berperanan wat
kes rasuk-merasuk semua tu..Dan untuk kes manusia yg masih
berperangai cam setan walaupun setan2 sebenar dah kena rantai,
tu sebab dorang masih xleh mengawal sikap amarah lam diri mereka
sendirik.tau nyaaa nk maraaaahhh jaaaa.ish ishh.kesian btol mereka2 ini.
sesunggunya di bulan yg mulia ini tak perlulah kita bermusuh dan
bergadohan sesama sendiri.diri anda sudah besar pjg oleh itu
berfikirlah secara waras.sekian terima kasih..=D


2 comments:
oh begitukah? bukan jin2 jua turut dirantai?
jin2 bertopengkan manusia yg pandai berpura2 dan memanipulasi fakta.titik.huuuu
Post a Comment